23 March 2020

Jururawat Bantuan Pasukan Kesihatan

Permohonan Perkhidmatan Kejururawatan Bagi Pasukan Bantuan Kesihatan Menangani COVID19

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan  bahawa berikutan  daripada situasi semasa  COVID-19  di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memerlukan jururawat untuk membantu dalam menangani kes-kes COVID-19.  Sehubungan itu, Bahagian Kejururawatan ingin mempelawa semua jururawat yang sudah berhenti bekerja seperti pesara, bekas penjawat swasta dan sebagainya untuk mengisi borang yang disediakan dengan kadar segera.
3.  Mohon semua yang berminat untuk mengisi borang seperti pautan di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/1t55eMkz8Kle0G7tPGzhnMlEwthyd9RfbO8JSVf1XAjE/edit
4. Pihak kami akan menghubungi jururawat yang berkenaan untuk sebarang maklumat lanjut. 
5. Kerjasama dan keprihatinan  daripada YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan pautan ini  kepada pegawai yang berkenaan adalah amat-amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
Pengarah Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
23 March 2020