10 March 2020

Biasiswa JPA-MARA – Program Khas Untuk Lepasan SPM

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAANDAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2020PROGRAM KHAS JPA MARA BAGI PELAJAR SPM 2020
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020.
Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada 1,035 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.
Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:
(i) Program Akademik Jepun
(ii) Program Berkembar New Zealand
(iii) Program Akademik New Zealand
(iv) Program Akademik Australia
(v) Program Akademik United Kingdom
(vi) Program Akademik Amerika Syarikat
(vii) Program Khas JPA-MARA Dalam Negara
Permohonan Penajaan Program Khas JPA MARA akan mula dibuka pada 9 Mac 2020, jam 5.00 petang melalui pautan berikut :
PERMOHONAN DI TUTUP PADA:  18 MAC 2020 | APPLY NOW!!