10 March 2020

Permohonan Online UPU 2020

PERMOHONAN UPU 2020 ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM)

Berikut adalah maklumat tentang permohonan UPU 2020/2021 termasuk memaparkan tarikh buka & tutup, cara beli nombor pin UPU dan aplikasi permohonan :
Permohonan UPU sesi akademik 2020/2021 melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, IPG dan Institut Latihan Kemahiran Awam.
Tarikh Dibuka : 24 Februari 2020
Tarikh Ditutup : 31 Mac 2020 (SPM), 07 April 2020 (STPM/ Setaraf)

CARA PERMOHONAN UPUONLINE 2020

1. Pemohon perlu membuat pembelian nombor PIN UPU 2020-2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum memohon UPU secara online. Harga seunit nombor pin UPU bernilai RM15.60 yang boleh didapati di kaunter atau mesin ATM BSN. Pembelian boleh dibuat pada 24 Februari sehingga 06 April 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional.
2. Setelah adanya nombor pin UPU, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di sistem UPUOnline.
3. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline
untuk permohonan kemasukan ke UA.
4. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :-
a) No Kad Pengenalan
b) Alamat E-mel
c) Nama Ibu
d) Kata Laluan
e) Kod Keselamatan
f) Soalan Keselamatan Profil Akaun
5. Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang disediakan seperti Isi Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Maklumat Akademik, Pilihan Program Pengajian dan Maklumat Lain-lain.
7. Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
8. Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih” Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:
a) Tarikh Permohonan;
b) Masa Permohonan;
c) Rujukan Permohonan;
d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi;
e) Tarikh kemaskini pilihan program;
f) Tarikh-tarikh penting hebahan temuduga;
g) Tarikh kemaskini Fasa 2 bagi calon Matrikulasi/Asasi.
9. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.